Nuffnang Ads

Tuesday, July 7, 2015

Ramadhan & Rezeki *PART 2*

Assalamualaikum.

Haaaa, kemain siap ada part two. Hiks. Alhamdulillah, sudah fasa ketiga ramadhan dan masih excited macam selalu. Rasa cepat sangat masa berlalu. Mungkin disebabkan sibuk dengan perihal cheese tart dan biskut raya mungkin. Syukur dengan rezeki ramadhan kali ni , tempahan pun boleh tahan kalut juga nak kejar untuk siapkan. InsyaAllah, we will do our best. Hiks.

Sejak berbusiness ni, makin ambil berat tentang certain perkara. Contoh;

  • Sedekah - walau hanya kecil kecilan jual pastry ni, tapi selalukan lah lebihkan seberapa banyak yang ikhlas untuk customer. Mungkin ada yang cakap - seriouslah rugi kot sebabnya barang dah mahal sekarang ni terutama cream cheese. Tapi satu perkara yang iolls nampak, makin memberi (sedekah) makin bertambah rezeki yang kita dapat. Jangan kedekut sangat untuk perkara yang tak seberapa ni.  

  • Sabar - jujurlah bukan mudah nak mula dari bawah. Dan sekarang pun masih dibawah. Boleh tahan banyak kali juga iolls buat experiment kat cheese tart ni sebelum jadi betul-betul sedap, insyaAllah. Yang penting apa pun kena sabar and terus mencuba hingga puas hati. Ni lah yang mak iolls selalu pahat kat kepala otak ni hah.

  • Solat - macam mana nak berbusiness kalau perihal solat pun ambil tak endah. Minta kat Allah macam macam nak business maju lah, tapi kalau perihal ni tak jaga pun tak ada guna. Kurang keberkatan. Serious, akan rasa penat dan seterusnya give up. Jaga hubungan dengan pencipta kalau rasa nak makin maju.
Bukan apa cuma share pengalaman yang tak seberapa. Mohon tak dicop apa-apa. Lulz. Oh, ya ahad minggu lepas alhamdulillah dapat jumpa bestie. Hiks. Jauh dari muo. Kemain kan, rindu tak payah cakap lah kan. Rezeki ramadhan. Thank you bestie beli cheese tart iolls. Meh lah lanje satu gambar kan. Jangan cakap akak tak payung. Lulz.



P/S : Let's spread the good vibes and be positive. #syukurselalu #alahsayang #kipidap