Nuffnang Ads

Monday, May 18, 2015

Experience in matriculation

Assalamualaikum. 

Tipu kalau kata tak rindu Kolej Matrikulasi Perak. Setahun, menuntut ilmu kat sana walau macam-macam kena hadap. Paling rindu sahabat-sahabat yang sentiasa ada waktu susah senang. So yeah, lately junior manjang tanya berkenaan kehidupan dekat sana. Typical questions for those who want to further their studies in matriculation. Iolss dulu pun cenggitu juga, hal biasa bila perasaan cuak mula menguasai diri.

Boleh katakan hari pertama aku kat sana dah huru-hara. Bila mana roomates terkunci bilik tanpa aku bawa sebarang kunci ke toilet. Dugaan minggu orientasi katanya. Boleh katakan semuanya pengalaman pertama bagi aku yang tak pernah ada peluang untuk duduk hostel. Okay, sadis. Homesick? Memang perkara biasa akan berlaku untuk semua orang. Boleh jadi tiap bulan akan balik ke bumi Melaka. Lulz. 

Yang dak dak Melaka dapat nun jauh di bumi Perak tu moga tabah lah ya. Jangan ikut macam aku tiap bulan nak balik. #SisHomesick. Train, sentiasa menjadi pilihan terbaik untuk aku tiap kali balik ke bumi Melaka. But don't worry. Kat sana memang ada sediakan terminal siswa untuk kegunaan pelajar sini. Dengan Cik Mus lah nak berurusan berkenaan tiket, outing, teksi, bus and else. Banyak jasa juganya. 

Kat sini cara belajar semua orang memang berbeza sangat. Ada yang belajar sambil tengok movie but they can perform well during examination. Ada yang belajar around 30 mins but they can get many inputs. Kena kenal style belajar sendiri. Moga berjaya lah. Mostly, lecturer kat sana tak pernah lokek ilmu. So don't worry, you can ask your lecturer for details explanation during tutorial class. InsyaAllah they will help you. Selagi uollss ada semangat yang tinggi nak belajar and don't give up insyaAllah somebody will help you. Jujur paling best kat belajar kat sini waktu lab bio. Hiks. Bedah tikus, perkara yang memang aku tak kan pernah lupa. Menyeronokkan. Lukis mutated animals. Sorrylah, iollss ni bukannya power lukis. Mampu lukis haiwan mutated sahaja. Cis. 

Oh ya elaun. Memang tiap bulan akan dapat rm250. Sila berjimat cermat lah ya. Jangan boros sangat kat kedai siswa, makanan mahal uollls kat sana. And ya, berkenaan wifi. Untuk dak dak Blok Intan and Blok Teja seronok lah. Tapi tak adalah seronok mana. Iolsss almost 3 months tak boleh connect dengan wifi kolej. Boleh tahan meroyan juga, sampai bawa modem sendiri. Lulz.

Allright. Semoga berjaya uollss. 

Meh iolllss lanje satu gambar. 






Sincerely ;
Ex-student KMPk 2014/2015



No comments:

Post a Comment