Nuffnang Ads

Thursday, April 30, 2015

Alhamdulillah, it's over.

Assalamualaikum. 

Alhamdulillah, finally habis juga perjalanan menuntut ilmu di bumi perak. Setahun. Tak pernah sangka mampu survive hingga ke tahap ini. Walau kadang-kadang rasa give up dengan banyak benda tapi dengan bantuan mereka yang bergelar sahabat kat sini, aku mampu bertahan.

Jujur dekat sini banyak benda baru aku hadap. Semua. Banyak benda juga yang diuji. Makin sado rasanya. Hahahahaha *gelak gambar* Cis.

Dari awal hanya bertiga. Kemudian, berempat. Berenam. Jujur kenangan paling indah untuk aku kat sana bila jumpa mereka berlima. Sahabat ketika susah senang. Thank you uolsss.

Entah, aku rasa perkara paling penting kat sana - sahabat. Kat sana makin matang berfikir dan buat keputsan. Rasa rugi kalau sia-sia kan persahabatan kat sini. Setahun. Tak lama mana. Walau rasa tak puas hati, menyirap. Chillax diamkan saja, sebabnya semua hanya setahun. Satu nasihat, kena pandai pilih kawan dan ada kekuatan dalam diri sendiri. Yang pasti aku dah mula rindu sahabat-sahabat aku.

Paling rasa heaven bila mampu handle short vacation dengan bestfriends sendiri, playing basketball in the middle of the night, study berjemaah, stay up together in front of Kolej Kediaman until 2 pm, food hunter di marina bay, jadi pirana bersama dan terlalu banyak perkara gila.

Walau kadang aku rasa, pihak koleh antara orang paling kejam. Serious, tak tipu. Sampai mampu buat mood kau kelaut. Kalau infrom benda last minute tu perkara biasa yang kau kena hadap kat sana. Hah. Ini semua pengalaman yang aku rasa aku tak mampu dapat dekat tempat lain.

Terima kasih lecturer. Terima kasih sahabat. Terima kasih classmates. Terima kasih rakan kuliah. Terima kasih warga Seri Intan Permata. Terima kasih roomates.

Terima kasih Kolej Matrikulasi Perak.


Sincerely ;
Ex-student KMPk 2014/2015

No comments:

Post a Comment