Nuffnang Ads

Thursday, April 30, 2015

Short vacation : IPOH

Assalamualaikum

I'm free from everything. Yeah, alhamdulillah. So hari ni, nak share pengalaman short vacation with my bestfriends. Entry bergambar. Entry panjang. Hiks, pesan awal-awal dah. Hah, bab planning memang payah, acah-acah nak ke Pulau Pangkor. Tapi di sebabkan bantahan dari mereka, maka terpaksa ikut suara majoriti. Sebenarnya semuanya plan last minutes, memandangkan seluruh kolej terputus bekalan air. Hmm.

So here we are, Bandar Ipoh.

Senang cerita sebelum ke sini, memang tiap hari lah aku dapat kan info-info apa yang menariknya kat sana. And alhamdulillah, banyak input yang aku dapat. Lagi-lagi untuk orang macam aku. Thank you bloggers.

Payah juga nak cari hotel sekitar Ipoh ni walaupun banyak sebenarnya. Kitaorang check in di Hotel Station Eightinn. Berhadapan dengan JJ station 18. Sebaris dengan calaqisha. Hiks. Alhamdulillah, selesa dan best. Tak lama mana pun, tiga hari dua malam. Malam tu memang semua penat and rest sebab mencari hotel. Cis.




So the day, hari yang paling banyak berjalan. Hiks.

Stesen Keretapi,
Tempat pertama sampai. Mula rasa macam hambar pebenda nak buat kat sini bagai. Tapi kalau sesiapa yang minat bergambar tu memang seronoklah ke sini. Tempat ni berdekatan dengan Memorial Perang. 





Mural Arts,
Sebenarnya ada tujuh lukisan Ernest Zacharevic di Ipoh. Tapi memandangkan hari panas terik, aku sempat teroka tiga sahaja dari tujuh. Old Uncle With White Coffee, Kopi-O and Paper Plane. Hanya itu yang mampu dicari, sangat sadis. Untuk 2 lukisan ni (Old Uncle With White Coffee, Paper Plane) tak susah nak cari, betul-betul berhadapan dengan padang Ipoh. Aku sarankan sebelum mula mencari lukisan ni better plan nak cari yang mana dulu, kalau tak memang give up lah nak mencari.









Oh ya, sederet Old Town White Coffee, ada satu kedai Cendol Padang Ipoh. Serious sangat best, wajib rasa. 

Plan B,
Tempat ni paling lama rasanya jejak. Cool gila uollsss. Sekitar plan B memang sangat banyak cafe hipster. Akan jumpa kedai bits & bobs - ais kepal. Ais kepal, wajib rasa juga. Jarang dapat kat tempat lain, jujur ni first time jumpa ais kepal. Sedap dan manis. Banyak perisa yang boleh pilih. Tak mahal mana, rm3 sahaja. Hiks. Waktu ni aku pergi sebelum gst, so sekarang tak tahu lah regenya berapa. Hahahaha. Oh ya, aiskrim pasu pun ada juga kat sana. Akan jumpa juga kedai yang jual barang-barang antik. Nice sangat okay. Iollss hanya mampu lanje gambar.










Heritage Trail,
Kat sini ada bangunan bersejarah. View sangat cantik. Paling best berhampiran dengan masjid. Dah alang-alang tu boleh lah singgah solat kat masjid kan. 





I-city riverwalk,
Okay, tempat ni acah-acah I-city. Banyak sangat lampu. Kalau orang yang sukakan cahaya lampu macam aku ni boleh lah ke tempat ni. Kat sini malam sangat best. Boleh sewa basikal ronda-ronda dekat tepi sungai. Dekat jambatan I-city riverwalk ni, ada love lock. Sekitar kawasan ni ada macam-macam. Muzium, kedai-kedai and etc. 




Gerbang Malam,
Tempat last sebelum kembali ke hotel. Jam 10++ pm sampai kat sini, Yes tempat ni sama macam uptown. Nak cari semua benda memang akan dapat kat sini.

So that's all. Haaa panjangkan entry bergambar. Maaf uollsss. Btw, kenangan paling best dengan bestfriends. Jalan dalam hujan bagai and etc. The best moments ever. Thank you gaissss.


Alhamdulillah, it's over.

Assalamualaikum. 

Alhamdulillah, finally habis juga perjalanan menuntut ilmu di bumi perak. Setahun. Tak pernah sangka mampu survive hingga ke tahap ini. Walau kadang-kadang rasa give up dengan banyak benda tapi dengan bantuan mereka yang bergelar sahabat kat sini, aku mampu bertahan.

Jujur dekat sini banyak benda baru aku hadap. Semua. Banyak benda juga yang diuji. Makin sado rasanya. Hahahahaha *gelak gambar* Cis.

Dari awal hanya bertiga. Kemudian, berempat. Berenam. Jujur kenangan paling indah untuk aku kat sana bila jumpa mereka berlima. Sahabat ketika susah senang. Thank you uolsss.

Entah, aku rasa perkara paling penting kat sana - sahabat. Kat sana makin matang berfikir dan buat keputsan. Rasa rugi kalau sia-sia kan persahabatan kat sini. Setahun. Tak lama mana. Walau rasa tak puas hati, menyirap. Chillax diamkan saja, sebabnya semua hanya setahun. Satu nasihat, kena pandai pilih kawan dan ada kekuatan dalam diri sendiri. Yang pasti aku dah mula rindu sahabat-sahabat aku.

Paling rasa heaven bila mampu handle short vacation dengan bestfriends sendiri, playing basketball in the middle of the night, study berjemaah, stay up together in front of Kolej Kediaman until 2 pm, food hunter di marina bay, jadi pirana bersama dan terlalu banyak perkara gila.

Walau kadang aku rasa, pihak koleh antara orang paling kejam. Serious, tak tipu. Sampai mampu buat mood kau kelaut. Kalau infrom benda last minute tu perkara biasa yang kau kena hadap kat sana. Hah. Ini semua pengalaman yang aku rasa aku tak mampu dapat dekat tempat lain.

Terima kasih lecturer. Terima kasih sahabat. Terima kasih classmates. Terima kasih rakan kuliah. Terima kasih warga Seri Intan Permata. Terima kasih roomates.

Terima kasih Kolej Matrikulasi Perak.


Sincerely ;
Ex-student KMPk 2014/2015

Thursday, April 2, 2015

Hari-hari terakhir.

Assalamualaikum. 

Rasa lama tak menaip. Obviously, tahun lepas hanya dua entry. Cis. Alhamdulillah, masih sihat dan masih mampu untuk tersenyum walau makin banyak halangan yang kena hadap. 

Lagi 2 minggu,
Final exam. Jujur, cuak gila. Ini kali yang terakhir. Semester terakhir. Dan yang paling penting, aku kena usaha lebih dari dulu. Pengakhiran segalanya, moga diakhiri dengan tangisan kegembiraan. 

Lagi 4 minggu,
Bakal menamatkan zaman matrikulasi. Meninggalkan kolej dan kembali ke bumi melaka seperti biasa. Paling rasa perit bila bakal meninggalkan sahabat karib di bumi perak. Semuanya jauh-jauh. Tak sangka mampu bertahan selama setahun di sini. Walau kadang rebah terjatuh, tapi alhamdulillah masih mampu berdiri teguh. Moga hari hari terakhir ini dipermudahkan dan makin senang menghafal. 

P/S : Doakan kejayaan dunia dan akhirat aku. Hiks.