Nuffnang Ads

Monday, December 7, 2015

Gempur Eco Challenge!

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, we did it. Congratulations teammates for the great achievement. Second place for Gempur Eco Challenge. Go sispa. Semangat berpasukan sangat. Hiks.  It's not easy to be a winner. A lot of difficulties and obstacles that we faced for this competition. Even I'm not participated in this competition but as a supporters and teammates, I'm so proud with all of you. All of you deserved to be a winner since all of you put more efforts and not give up. Stamina kena tinggi gaiss kalau tak memang tak mampu. Sakit weh pikul 10 kg of sand in bag-pack and etc. Until now bahu sis sakit since we need to setup all the bag-pack, log and others stuff for the participants the night before the competition day. 

So, let's me show some pictures during the competition. Sorry for low quality of pictures.












Yeah. Bukan senangkan? Congratulations once again and keep it up! Okay sis ngantuk dah. Night.

Tuesday, November 17, 2015

Latihan Medan, Setiu

Assalamualaikum.

No lectures for tomorrow. Yeayyy!

Supposed to be I have 2 hours lectures but my lecturer still MC. Pity her, get well soon Dr Nurul. She teaches me mathematics engineering for this semester. Hiks. Oh ya, midterm break was over! My schedule was packed since 2 weeks ago. Hectic weeks with assignments, test, lab report and latihan medan. Latihan medan was compulsory for SISPA which stand for Siswa Siswi Pertahanan Awam. Its contributed 30% of carry mark. Hahahahah. Somehow, I felt a little bit regret but I realized since I joined SISPA my stamina was increased. Every saturday we went to sport complex for physical training from 7.00 - 8.00 am. Believed it or not, I already prove it. Hiks. Powerkan, lol.

It was held at Lata Changkah Dua, Setiu. Kawasan air terjun serious sangat best dan sejuk. If someone make any faults, everyone will be fined. Choiiii sangat tau. The worst things was we need to share the same toothbrush with 114 people in the morning and night walking at 1.30 am. Yucks. I really glad I had been excused for that since my feet became itchy due to certain factor. Alhamdulillah, kalau tak mesti tak boleh hadam situasi tu. Geli. But not for night walking. I can't understands the instructions clearly because the commander used loghat negeri pekat sangat! Sis tak mampu nak hadam and syukur tak ada benda buruk berlaku. Paling happy aku lah bila latihan medan tamat. Hiks.

Already 4.00 am gaissss. Even though I don't have any lectures tomorrow, I still need to attend group discussion. Choi. Too late, night. 

Friday, October 2, 2015

Degree Life

Assalamualaikum.

Degree life is not easy at all. Homesick, again. Already one month.

Bukan senang dengan jarak sembilan jam dari rumah. Cis. Apatah lagi bila rasa sangat lone ranger even I have my best friends here. Tak tahu nak describe macam mana but somehow akan rasa sangat lonely. Overthinking about a lot of things make me stress enough. Sampai terfikir nak tukar universiti in second sem bagai. It's too much, right? But, be grateful. Tak semua orang dapat sambung belajar sampai ke tahap ni. Stay strong. Redha. Sacrifices and give a try. The harder you try, the more you gain. May Allah ease my journey. That's all.





Thursday, September 10, 2015

Minggu Jalinan Mesra

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Hampir seminggu ada dekat bumi terengganu. Masih tak boleh adapt dengan persekitaran dekat sini. Tak tahu nak describe perasaan ni macam mana T___T Entah bila nak mula cintakan tempat ni. Hmm. Rapuh sangat amenda tah kan aku ni. Homesick. Tapi first week kat sini dah drive ke gong badak. Ewah. Syukur Ain and Jiha still ada. Yeayyy.



So far Minggu Jalinan Mesra (MJM) okay lah walaupun ada part yang hambar. Fasi semua baik-baik takat ni tak ada lah pula kena marah ke apa kan. Thumbs up! Tapi sistem universiti ni sangat lah lambat plus tak teratur. Boleh tahan minggu pertama dah stress. Dengan wifi yang tak didaftarkan, sistem library tak update lagi maklumat pelajar baru. Cis. Buku buku engineering pun boleh tahan ratus ratus. Cis. Kena banyak banyak bertabah macam ni. 

Roommates, part paling best. Even bilik kecil, dan sempit but still tiap kali balik bilik akan rasa happening. Hiks. Kalau boleh memasing nak bawa memacam ke sini tak padan dengan bilik lagi kecil compare to matric. Meja study pun comel. Lulz. Tapi syukur blok kolej kediaman sangat dekat dengan Jalan Biawak. Yes, jalan yang paling dekat dengan fakulti. Jenuh oi jalan kaki boleh tahan jealous tengok orang lain bawa kereta and etc. Fakulti aku jauh sangat dari blok kolej kediaman. Cis. Okay, this is my room. 




Hopefully, aku boleh adapt dengan persekitaran dengan sini dengan cepat. Macam lifeless sangat. Hmm. InsyaAllah I will try my best! Nah lanje satu gambar. Hiks



Bye, have a great day uollls!


Saturday, August 15, 2015

Appreciation post

Assalamualaikum.

Hampir bulan 9. Dan sekarang masih panas dengan perihal UPU. Pasti. Alhamdulillah, masih diberi peluang untuk sambung belajar - degree. And yeah kali ni aku dapat tawaran ke Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Jauh gila kan? Makin lama makin jauh aku dapat tawaran belajar ni kenapa haaa ni sampai sekarang aku tak faham T_T Boleh tahan kecewa sebab UKM reject ai macam tu kan, ai dah buat sehabis baik untuk interview. Tak ada rezeki. Tak boleh move on lagi dari UKM. Haippp. Kan redha itu lebih baik, sabar. 





Gaisssss, good luck in future. I know we can do it well and keep struggling for better future. Thank you for everything. Masing masing nak sambung belajar - degree. Nanti tak ada dah bila frust pergi bilik T3.19 nangis macam apa semua. Pergi short vacation bersama sementara kolej dua hari putus bekalan air. Tidur sekatil with ika, jiha, anis, ain, sya and jio. Walau terpaksa berhimpit but still masing masing tidur nyenyak kemain. Lagi lagi waktu study week memang akan selalu nampak muka aku menapak kat bilik T3.19. Ingat lagi prank birthday untuk jio and ain? Kek garam, chicken chop and etc? I still remember every single things. Perihal friendship/classmates. Jatuh bangun bersama. One year is not enough for us. You gaissss very supportive and awesome in every action. Tiptop.



Rindu. Tak tahu nak describe perasaan ni macam mana. Nanti tak ada dah partner nak balik melaka sama sama tiap bulan. Tak ada dah rushing rushing takut tertinggal train and etc. Walaupun pernah tertinggal train, masing masing gelabah lepas tu. Tak ada dah orang nak tanya "Awak okay tak bag berat tak, nak kita tolong bawa?". Tak ada dah orang nak ajar chemist and math even garang. Akan rindu "Eeeeeiii careless. Denda nanti!". Tak ada dah orang yang nak bagi pesanan buat itu ini before experiment bagai. And yes, I miss you and always do. Good luck in future and always remember you're the one that I need the most in every situation I face in my life. Till we meet again. Keep jujur and trust each other alright? Thank you for everything and doakan kita berjaya.

Hahahahahahaha. Amende ni belum pergi dah homesick and throwback T_T Nah layan. Semoga diberi kejayaan buat kalian dan aku. Amin.

video

Tuesday, July 7, 2015

Ramadhan & Rezeki *PART 2*

Assalamualaikum.

Haaaa, kemain siap ada part two. Hiks. Alhamdulillah, sudah fasa ketiga ramadhan dan masih excited macam selalu. Rasa cepat sangat masa berlalu. Mungkin disebabkan sibuk dengan perihal cheese tart dan biskut raya mungkin. Syukur dengan rezeki ramadhan kali ni , tempahan pun boleh tahan kalut juga nak kejar untuk siapkan. InsyaAllah, we will do our best. Hiks.

Sejak berbusiness ni, makin ambil berat tentang certain perkara. Contoh;

  • Sedekah - walau hanya kecil kecilan jual pastry ni, tapi selalukan lah lebihkan seberapa banyak yang ikhlas untuk customer. Mungkin ada yang cakap - seriouslah rugi kot sebabnya barang dah mahal sekarang ni terutama cream cheese. Tapi satu perkara yang iolls nampak, makin memberi (sedekah) makin bertambah rezeki yang kita dapat. Jangan kedekut sangat untuk perkara yang tak seberapa ni.  

  • Sabar - jujurlah bukan mudah nak mula dari bawah. Dan sekarang pun masih dibawah. Boleh tahan banyak kali juga iolls buat experiment kat cheese tart ni sebelum jadi betul-betul sedap, insyaAllah. Yang penting apa pun kena sabar and terus mencuba hingga puas hati. Ni lah yang mak iolls selalu pahat kat kepala otak ni hah.

  • Solat - macam mana nak berbusiness kalau perihal solat pun ambil tak endah. Minta kat Allah macam macam nak business maju lah, tapi kalau perihal ni tak jaga pun tak ada guna. Kurang keberkatan. Serious, akan rasa penat dan seterusnya give up. Jaga hubungan dengan pencipta kalau rasa nak makin maju.
Bukan apa cuma share pengalaman yang tak seberapa. Mohon tak dicop apa-apa. Lulz. Oh, ya ahad minggu lepas alhamdulillah dapat jumpa bestie. Hiks. Jauh dari muo. Kemain kan, rindu tak payah cakap lah kan. Rezeki ramadhan. Thank you bestie beli cheese tart iolls. Meh lah lanje satu gambar kan. Jangan cakap akak tak payung. Lulz.



P/S : Let's spread the good vibes and be positive. #syukurselalu #alahsayang #kipidap

Saturday, June 20, 2015

Ramadhan & Rezeki

Assalamualaikum. Salam Ramadhan uolls.

Ramadhan ketiga. Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk berpuasa tahun ni. Syukur, masih menantikan ramadhan dengan excited sama macam tahun tahun lepas. Hiks. Memandangkan almost 2 months menganggur. Bukan apa, kat sini boleh tahan susah juga lah nak cari kerja part time, ke iolls yang memilih sangat ke cane? Lulz. 

Alhamdulillah, syukur diberi peluang dan rezeki walaupun bukan lah besar. Tambah sikit semangat yang mantap gitu dan sifat rajin insyaAllah boleh pergi jauh. Baru bertapak, moga dipermudahkan lah urusan business cheese tart ni. Meh iolls promote sikit cheese tart masjid tanah, alor gajah, sungai udang. Hiks.

Kalau berminat boleh lah contact 01110616120 untuk tempahan. Sekarang dah ada tiga flavour - coklat, strawberry, blueberry. InsyaAllah akan ditambah flavour baru - kiwi. RM35/50 PCS. RM14/20 PCS. COD area masjid tanah, sungai udang, alor gajah. Jom beli sebelum terlambat. Behave uolls, bulan puasa ni. Hiks. Tunggu apa lagi, meh lah beli. InsyaAllah, sedap dan ranggup. 




Monday, May 18, 2015

Experience in matriculation

Assalamualaikum. 

Tipu kalau kata tak rindu Kolej Matrikulasi Perak. Setahun, menuntut ilmu kat sana walau macam-macam kena hadap. Paling rindu sahabat-sahabat yang sentiasa ada waktu susah senang. So yeah, lately junior manjang tanya berkenaan kehidupan dekat sana. Typical questions for those who want to further their studies in matriculation. Iolss dulu pun cenggitu juga, hal biasa bila perasaan cuak mula menguasai diri.

Boleh katakan hari pertama aku kat sana dah huru-hara. Bila mana roomates terkunci bilik tanpa aku bawa sebarang kunci ke toilet. Dugaan minggu orientasi katanya. Boleh katakan semuanya pengalaman pertama bagi aku yang tak pernah ada peluang untuk duduk hostel. Okay, sadis. Homesick? Memang perkara biasa akan berlaku untuk semua orang. Boleh jadi tiap bulan akan balik ke bumi Melaka. Lulz. 

Yang dak dak Melaka dapat nun jauh di bumi Perak tu moga tabah lah ya. Jangan ikut macam aku tiap bulan nak balik. #SisHomesick. Train, sentiasa menjadi pilihan terbaik untuk aku tiap kali balik ke bumi Melaka. But don't worry. Kat sana memang ada sediakan terminal siswa untuk kegunaan pelajar sini. Dengan Cik Mus lah nak berurusan berkenaan tiket, outing, teksi, bus and else. Banyak jasa juganya. 

Kat sini cara belajar semua orang memang berbeza sangat. Ada yang belajar sambil tengok movie but they can perform well during examination. Ada yang belajar around 30 mins but they can get many inputs. Kena kenal style belajar sendiri. Moga berjaya lah. Mostly, lecturer kat sana tak pernah lokek ilmu. So don't worry, you can ask your lecturer for details explanation during tutorial class. InsyaAllah they will help you. Selagi uollss ada semangat yang tinggi nak belajar and don't give up insyaAllah somebody will help you. Jujur paling best kat belajar kat sini waktu lab bio. Hiks. Bedah tikus, perkara yang memang aku tak kan pernah lupa. Menyeronokkan. Lukis mutated animals. Sorrylah, iollss ni bukannya power lukis. Mampu lukis haiwan mutated sahaja. Cis. 

Oh ya elaun. Memang tiap bulan akan dapat rm250. Sila berjimat cermat lah ya. Jangan boros sangat kat kedai siswa, makanan mahal uollls kat sana. And ya, berkenaan wifi. Untuk dak dak Blok Intan and Blok Teja seronok lah. Tapi tak adalah seronok mana. Iolsss almost 3 months tak boleh connect dengan wifi kolej. Boleh tahan meroyan juga, sampai bawa modem sendiri. Lulz.

Allright. Semoga berjaya uollss. 

Meh iolllss lanje satu gambar. 






Sincerely ;
Ex-student KMPk 2014/2015



Saturday, May 9, 2015

Special ♥


MAY ALLAH EASE EVERYTHING. GOOD LUCK & HAVE A SAFE JOURNEY. 
I KNOW YOU CAN DO IT WELL 


Friday, May 8, 2015

Food : Restoran Api-Api

Assalamualaikum.

Hari ke sepuluh di rumah. Hiks. So, yesterday was the great day that I had with my bestfriends (Fadhilah and Ain Aida). As usual bila jumpa mereka memang sangat banyak bercerita dan aktiviti paling wajib jadi pirana. Lulz. Dah masing-masing share hobi yang sama - makan. So bila sebut pasal makanan mesti akan excited. Yeah, that's us. 

We had our lunch at Restoran Api-Api which located in Taman Lagenda infront of Aeon Bandaraya Melaka. Concept restoran ni ala-ala Seoul Garden. Yeah, Korean BBQ concept which you can eat anything repeatedly. Buffet style. Tapi, memang murah dan berbaloi. RM 41 for 3 person (Adults). Murah kan? Almost 4 hours kitaorang kat sana makan and lepak. Yang paling best, ni restoran orang melayu and everything halal insyaAllah.

A lot of food there - fishcakes, ice cream with different flavor, rice, mee, chicken black pepper, lamb, vegetables, 8 type of sos and variety type of drinks. Nanti akan ada dua pilihan sup kosong or tom yam. We choose tom yam as our soup.  Oh ya pastikan sebelum uollss datang sini kena kosongkan perut. Sebabnya, baru lah berbaloi untuk makan banyak benda. Hiks. But, macam biasa. Kalau makanan tak habis kena denda - bayar rm30. Fuh. So makan lah ikut kemampuan and jangan membazir. Lagi pun membazir tu kan amalan syaitan. 





Pasti cuba! Hiks.

Thursday, April 30, 2015

Short vacation : IPOH

Assalamualaikum

I'm free from everything. Yeah, alhamdulillah. So hari ni, nak share pengalaman short vacation with my bestfriends. Entry bergambar. Entry panjang. Hiks, pesan awal-awal dah. Hah, bab planning memang payah, acah-acah nak ke Pulau Pangkor. Tapi di sebabkan bantahan dari mereka, maka terpaksa ikut suara majoriti. Sebenarnya semuanya plan last minutes, memandangkan seluruh kolej terputus bekalan air. Hmm.

So here we are, Bandar Ipoh.

Senang cerita sebelum ke sini, memang tiap hari lah aku dapat kan info-info apa yang menariknya kat sana. And alhamdulillah, banyak input yang aku dapat. Lagi-lagi untuk orang macam aku. Thank you bloggers.

Payah juga nak cari hotel sekitar Ipoh ni walaupun banyak sebenarnya. Kitaorang check in di Hotel Station Eightinn. Berhadapan dengan JJ station 18. Sebaris dengan calaqisha. Hiks. Alhamdulillah, selesa dan best. Tak lama mana pun, tiga hari dua malam. Malam tu memang semua penat and rest sebab mencari hotel. Cis.




So the day, hari yang paling banyak berjalan. Hiks.

Stesen Keretapi,
Tempat pertama sampai. Mula rasa macam hambar pebenda nak buat kat sini bagai. Tapi kalau sesiapa yang minat bergambar tu memang seronoklah ke sini. Tempat ni berdekatan dengan Memorial Perang. 





Mural Arts,
Sebenarnya ada tujuh lukisan Ernest Zacharevic di Ipoh. Tapi memandangkan hari panas terik, aku sempat teroka tiga sahaja dari tujuh. Old Uncle With White Coffee, Kopi-O and Paper Plane. Hanya itu yang mampu dicari, sangat sadis. Untuk 2 lukisan ni (Old Uncle With White Coffee, Paper Plane) tak susah nak cari, betul-betul berhadapan dengan padang Ipoh. Aku sarankan sebelum mula mencari lukisan ni better plan nak cari yang mana dulu, kalau tak memang give up lah nak mencari.









Oh ya, sederet Old Town White Coffee, ada satu kedai Cendol Padang Ipoh. Serious sangat best, wajib rasa. 

Plan B,
Tempat ni paling lama rasanya jejak. Cool gila uollsss. Sekitar plan B memang sangat banyak cafe hipster. Akan jumpa kedai bits & bobs - ais kepal. Ais kepal, wajib rasa juga. Jarang dapat kat tempat lain, jujur ni first time jumpa ais kepal. Sedap dan manis. Banyak perisa yang boleh pilih. Tak mahal mana, rm3 sahaja. Hiks. Waktu ni aku pergi sebelum gst, so sekarang tak tahu lah regenya berapa. Hahahaha. Oh ya, aiskrim pasu pun ada juga kat sana. Akan jumpa juga kedai yang jual barang-barang antik. Nice sangat okay. Iollss hanya mampu lanje gambar.










Heritage Trail,
Kat sini ada bangunan bersejarah. View sangat cantik. Paling best berhampiran dengan masjid. Dah alang-alang tu boleh lah singgah solat kat masjid kan. 





I-city riverwalk,
Okay, tempat ni acah-acah I-city. Banyak sangat lampu. Kalau orang yang sukakan cahaya lampu macam aku ni boleh lah ke tempat ni. Kat sini malam sangat best. Boleh sewa basikal ronda-ronda dekat tepi sungai. Dekat jambatan I-city riverwalk ni, ada love lock. Sekitar kawasan ni ada macam-macam. Muzium, kedai-kedai and etc. 




Gerbang Malam,
Tempat last sebelum kembali ke hotel. Jam 10++ pm sampai kat sini, Yes tempat ni sama macam uptown. Nak cari semua benda memang akan dapat kat sini.

So that's all. Haaa panjangkan entry bergambar. Maaf uollsss. Btw, kenangan paling best dengan bestfriends. Jalan dalam hujan bagai and etc. The best moments ever. Thank you gaissss.


Alhamdulillah, it's over.

Assalamualaikum. 

Alhamdulillah, finally habis juga perjalanan menuntut ilmu di bumi perak. Setahun. Tak pernah sangka mampu survive hingga ke tahap ini. Walau kadang-kadang rasa give up dengan banyak benda tapi dengan bantuan mereka yang bergelar sahabat kat sini, aku mampu bertahan.

Jujur dekat sini banyak benda baru aku hadap. Semua. Banyak benda juga yang diuji. Makin sado rasanya. Hahahahaha *gelak gambar* Cis.

Dari awal hanya bertiga. Kemudian, berempat. Berenam. Jujur kenangan paling indah untuk aku kat sana bila jumpa mereka berlima. Sahabat ketika susah senang. Thank you uolsss.

Entah, aku rasa perkara paling penting kat sana - sahabat. Kat sana makin matang berfikir dan buat keputsan. Rasa rugi kalau sia-sia kan persahabatan kat sini. Setahun. Tak lama mana. Walau rasa tak puas hati, menyirap. Chillax diamkan saja, sebabnya semua hanya setahun. Satu nasihat, kena pandai pilih kawan dan ada kekuatan dalam diri sendiri. Yang pasti aku dah mula rindu sahabat-sahabat aku.

Paling rasa heaven bila mampu handle short vacation dengan bestfriends sendiri, playing basketball in the middle of the night, study berjemaah, stay up together in front of Kolej Kediaman until 2 pm, food hunter di marina bay, jadi pirana bersama dan terlalu banyak perkara gila.

Walau kadang aku rasa, pihak koleh antara orang paling kejam. Serious, tak tipu. Sampai mampu buat mood kau kelaut. Kalau infrom benda last minute tu perkara biasa yang kau kena hadap kat sana. Hah. Ini semua pengalaman yang aku rasa aku tak mampu dapat dekat tempat lain.

Terima kasih lecturer. Terima kasih sahabat. Terima kasih classmates. Terima kasih rakan kuliah. Terima kasih warga Seri Intan Permata. Terima kasih roomates.

Terima kasih Kolej Matrikulasi Perak.


Sincerely ;
Ex-student KMPk 2014/2015

Thursday, April 2, 2015

Hari-hari terakhir.

Assalamualaikum. 

Rasa lama tak menaip. Obviously, tahun lepas hanya dua entry. Cis. Alhamdulillah, masih sihat dan masih mampu untuk tersenyum walau makin banyak halangan yang kena hadap. 

Lagi 2 minggu,
Final exam. Jujur, cuak gila. Ini kali yang terakhir. Semester terakhir. Dan yang paling penting, aku kena usaha lebih dari dulu. Pengakhiran segalanya, moga diakhiri dengan tangisan kegembiraan. 

Lagi 4 minggu,
Bakal menamatkan zaman matrikulasi. Meninggalkan kolej dan kembali ke bumi melaka seperti biasa. Paling rasa perit bila bakal meninggalkan sahabat karib di bumi perak. Semuanya jauh-jauh. Tak sangka mampu bertahan selama setahun di sini. Walau kadang rebah terjatuh, tapi alhamdulillah masih mampu berdiri teguh. Moga hari hari terakhir ini dipermudahkan dan makin senang menghafal. 

P/S : Doakan kejayaan dunia dan akhirat aku. Hiks.