Nuffnang Ads

Wednesday, September 10, 2014

College

Assalamualaikum.

Okay rasa macam lama sangat tinggalkan dunia blogging padahal memang selalu tinggalkan. Hiks. Alhamdulillah, masih sihat dan mampu survive walau dah tiga belas minggu menapak di bumi perak. Dan masih homesick. Sabar, mungkin perlahan lahan.

Paling rasa bersyukur, bila rasa tenang tengok permandangan yang cantik yang Allah bagi pinjam dekat kita semua. Kawasan bukit bukau dan pergunungan yang kadang kala boleh buat aku dan mereka rasa lelah. But still, I love this environment so much. Paling seronok bila dapat tengok sunset sama-sama dengan girlfriends.

Alhamdulillah, untuk tahun ni dikurniakan classmates yang super duper supportive. Terima kasih untuk tiap teguran, gelak tawa, ilmu, bebelan yang kadang-kadang tahap mak-mak dan etc. Hiks.  Terima kasih juga sebab sanggup luangkan waktu even semua faham yang life dekat sini sangat packed. Boleh jadi kalau tak kuat mental memang boleh rebah. Ya, aku rindu suasana macam ni, suasana yang mana aku dah lama tinggalkan. Moga ukhwah kita akan sampai ke syurga. Alhamdulillah juga dikurniakan roomates yang baik. Walau kadang-kadang ada salah faham. But then, thank you guys for always being there for me. Sorry for everything.

UPS. Erm moga dapat keputusan 4 flat hendaknya, walau aku rasa tak mampu sebab soalan boleh tahan membunuh. Cuak. Dan tak sampai sebulan lagi exam MUET and FINAL EXAM SEM1. Boleh tahan rasa nak nangis sebab banyak benda lagi tak cover. Fuh. May Allah ease everything and give me 4 flat as a present for my parents.

Masih banyak benda perlu lakukan, so bye uollsss.


Saturday, May 24, 2014

Goodbye

Assalamualaikum.

Macam lama sangat tak update apa-apa kat sini. Okay bukan macam tapi memang T__T So, hai, hai. Aku macam lost idea, seriously. Haiyak. Sepanjang 5 bulan cuti panjang banyak benda berlaku - Kerja. Makan. Tidur. Lepak. Result. Driving class. License.

Dan hari ini, mungkin hari terakhir nak packing segala barang memandang kan aku bakal ke utara. Lejen gila bila upu and matrik dua-dua dapat perak. Kau ada? Haaaa kan. So selamat tinggal melaka buat seketika. Ewah. Boleh tahan cuak lah juga dengan keputusan aku ni. Apa apa pun may Allah ease everything. 

Dan esok, ke perak lah kita. Boleh tahan tak percaya jugalah sebab macam cepat gila masa berlalu. Sampai sekarang. Hmmm. Semoga tak homesick sangat. Semoga setiap sem dapat 4 flat. 

So, goodluck untuk bestfriends and schoolmates yang nak sambung belajar tu. Wish you guys all the best and goodluck in future.