Nuffnang Ads

Saturday, November 30, 2013

301113

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Segalanya berkenaan spm dah berakhir. Ada lagi satu masih belum - results. 

Untuk mereka ;

Insan yang bergelar guru. Yang sentiasa bersedia untuk mencurahkan segala ilmu yang ada. Terima kasih cikgu untuk segala ilmu yang pernah dikongsi bersama. Doakan kejayaan dunia dan akhirat saya. Terima kasih :D

Untuk mereka ;









Terima kasih untuk segalanya. Terutama persahabatan kita dan ilmu yang pernah kita kongsi bersama. Terima kasih kerana sentiasa ada untuk insan ini - diri sendiri. Terima kasih kerana sentiasa memberi sokongan padu untuk setiap keputusan. Terima kasih kerana menjadi pendengar setia bagi tiap masalah. Terima kasih kerana menjadikan persahabatan ini makin indah. Terima kasih kerana menerima diri ini yang serba serbi banyak kekurangan. Terima kasih juga awak, kerana sentiasa memberi sokongan dan dorongan dalam setiap perkara dan menjadikan segalanya makin sempurna. And I'm already miss you guys and him too. Hiks. Semoga jumpa lagi guys.

Untuk mereka ;


Terima kasih tak terhingga untuk setiap memori yang kau dan mereka pernah lemparkan dekat aku selama mana aku ada dekat sini. Terima kasih kerana kau dan mereka telah menjadikan aku insan yang tabah. Dalam erti kata sebenar, tabah dalam setiap perkara. Terima kasih dan aku mengharapkan persahabatan ini tidak akan lenyap. Semoga jumpa lagi dan berjaya dalam hidup tanpa sebarang penipuan. Goodluck. Dan aku sudah mula rindukan leena, cenul, sepy and dini sangat-sangat.



1 comment:

  1. comment saya untuk entry ini sila rujuk di :

    ---> http://ainaidamohammad.blogspot.com/2013/12/for-my-little-syazana-hehe.html

    ReplyDelete