Nuffnang Ads

Monday, June 24, 2013

Spe-ci-al

Assalamualaikum

Untuk beberapa bulan ini,

Segalanya makin terurus walaupun masih mengejar masa. Memerlukan kesabaran yang tinggi sungguh. Kalau dulu, bersedih-sedihan akibat bahas. Tapi kini sudah boleh menerima dengan hati yang terbuka keputusan sebenar. Mungkin setiap apa yang berlaku ada hikmah tersendiri.

Untuk lagi empat bulan,

Boleh jadi masa sekarang perlu dihabiskan di meja study. Menelaah buku secara konsisten. Tapi paling malang bila ada saja dugaan dan godaan dari pelbagai aspek. Contoh paling dekat, game. Entah sejak bila mula berminat dengan perkara-perkara yang tak perlu. 

Untuk lagi empat bulan,

Masa ini memang sesuai untuk buat mak baba gembira. Tapi susah. Susah sebab apa? Sebab diri sendiri degil dan sibuk dengan urusan dunia yang tak tentu bila sudahnya. Teringin nak bagi yang terbaik, insyaAllah tunggu keputusan tahun depan. Semoga A lurus semuanya. Amin. 

Untuk hari seterusnya,

Sedar tak sedar, kini sudah tujuhbelastahun semenjak dua minggu yang lepas. Sudah dewasa diri sendiri ini.  Hahahaha. Terima kasih untuk kawan-kawan yang mengingati diri ini. Terima kasih untuk semua ucapan, doa, gold dust, suprise dan hadiah. Anda memang awesome. Semoga diri ini menjadi makin solehah dan cerdik. Amin. Semoga A lurus dalam SPM. Amin.

Untuk tahun ini,

Terima kasih kepada mereka yang mula hadir dalam hidup aku untuk tahun duaributigabelas ini. Pada aku korang memang dah calitkan kenangan berharga untuk aku. Terima kasih sebab bagi aku peluang merasa perkara yang aku dah tinggalkan dulu. Terima kasih dengan kenangan ini. Terima kasih atas segala-galanya. Cc : Ainul Afiqah. Aishah Hassan. Nawwarah Amran. Eileena Syahirah. Farahana Lajim. Kama Afiqah.

Untuk awak,

Jaga hati. Jaga iman. Jaga diri. Jaga mata. Semoga sentiasa jadi yang terbaik. Amin. Terima kasih untuk segala-galanya.

P/S : Fuhhh, maaf terlalu panjang. 

Santapan mata untuk kalian :


 D'village, Ayer Keroh

Sumber gambar : Ainul Afiqah.


Bahas Ala Parlimen, Johan.

Sumber gambar : Faiz.


Bahas Ala Parlimen, Johan.

Sumber gambar : Faiz.


D'village, Ayer Keroh.

Sumber gambar : Aishah Hassain.

No comments:

Post a Comment