Nuffnang Ads

Sunday, December 15, 2013

151213


STRESS AND SEDIH!



Saturday, November 30, 2013

301113

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Segalanya berkenaan spm dah berakhir. Ada lagi satu masih belum - results. 

Untuk mereka ;

Insan yang bergelar guru. Yang sentiasa bersedia untuk mencurahkan segala ilmu yang ada. Terima kasih cikgu untuk segala ilmu yang pernah dikongsi bersama. Doakan kejayaan dunia dan akhirat saya. Terima kasih :D

Untuk mereka ;









Terima kasih untuk segalanya. Terutama persahabatan kita dan ilmu yang pernah kita kongsi bersama. Terima kasih kerana sentiasa ada untuk insan ini - diri sendiri. Terima kasih kerana sentiasa memberi sokongan padu untuk setiap keputusan. Terima kasih kerana menjadi pendengar setia bagi tiap masalah. Terima kasih kerana menjadikan persahabatan ini makin indah. Terima kasih kerana menerima diri ini yang serba serbi banyak kekurangan. Terima kasih juga awak, kerana sentiasa memberi sokongan dan dorongan dalam setiap perkara dan menjadikan segalanya makin sempurna. And I'm already miss you guys and him too. Hiks. Semoga jumpa lagi guys.

Untuk mereka ;


Terima kasih tak terhingga untuk setiap memori yang kau dan mereka pernah lemparkan dekat aku selama mana aku ada dekat sini. Terima kasih kerana kau dan mereka telah menjadikan aku insan yang tabah. Dalam erti kata sebenar, tabah dalam setiap perkara. Terima kasih dan aku mengharapkan persahabatan ini tidak akan lenyap. Semoga jumpa lagi dan berjaya dalam hidup tanpa sebarang penipuan. Goodluck. Dan aku sudah mula rindukan leena, cenul, sepy and dini sangat-sangat.



Saturday, October 26, 2013

261013

Assalamualaikum.

Menjelang 11 hari lagi spm bakal tiba. Maaf untuk segala perbuatan/percakapan/kutukan/perlian/jelingan yang entah apa-apa. 

Mohon kerjasama;
Doakan kejayaan spm aku  - mendapat A lurus semuanya.  Doakan aku menjawab dengan keadaan yang tenang. Doakan segala usaha dan doa aku dimakbulkan. Doakan aku berjaya dunia dan akhirat. Amin.

Terima kasih. 

Dan untuk warga spm;
Goodluck. Semoga aku, kau dan mereka mendapat A lurus dalam spm 2013. Amin.

Dan aku bakal rindu sgbians. 



Friday, August 30, 2013

300813

Assalamualaikum.

Kekeliruan. Dilema. Sedikit sedih . . . . . .  Risau. Okay cukup! Sayang.

Bila kali pertama - rasa hampa, sedih dan segala perasaan kecewa memang hampir dengan diri.

Bila kali kedua - lebih tenang. Jadikan yang pertama kali itu sebagai pengajaran.

I'm waiting.

P/S : Jaga hati. Jaga iman. Jaga mata. Jaga diri. 'Last words'


Monday, August 19, 2013

190813

Assalamualaikum.

Macam biasa. Perkara lapuk yang baru nak digembar gemburkan. Sangat cliche. 

Cuti. 2 minggu. Macam sekejap - tak puas. Bergelumang dengan buku, bahas dan perihal raya. Raya tahun duaribu tigabelas - makin hambar. Mungkin sebab makin dewasa, makin banyak perkara lain yang perlu diuruskan. Amboi. Sejak akhir ramadhan - Melaka- Pahang- Seremban- Melaka.

Layan :-


020813




080813







110813



120813




140813








170813




Sekian, gambar hambar dari aku - warga espiem. Kahkahkah. 
Baik, berbalik kepada yang asal. 

Sejujurnya - aku - berjalan raya kurang dari 4 jam - tapi - masih bergelumang dengan buku. Lol. Warga SPM. Goodluck for this upcoming trial. Lets do our best and make our parents proud with us. Amin. Maaf atas segala salah silap sepanjang tujuhbelas tahun ini. Doakan aku dapat straight A's dalam trial spm dan juga spm. Amin. Thank you :D

Last ; Selamat kembali ke sekolah. Kahkahkah.



Saturday, June 29, 2013

Amanah

Assalamualaikum.

Bukan senang nak puaskan hati semua orang. Bukan senang juga untuk jadi yang sempurna. Mungkin memang tidak akan pernah jadi sempurna. Hmmm. Maka, satu jalan yang pasti.

Kalau salah harap ditegur. Kalau salah harap diperbetulkan. Kalau salah harap dinasihatkan. Kalau salah harap ditunjukkan jalan yang benar. 

Ini lebih baik dari kita burukkan nama orang lain dengan pelbagai cara yang entah apa-apa.

P/S : Keep calm and stay positive.

Monday, June 24, 2013

Spe-ci-al

Assalamualaikum

Untuk beberapa bulan ini,

Segalanya makin terurus walaupun masih mengejar masa. Memerlukan kesabaran yang tinggi sungguh. Kalau dulu, bersedih-sedihan akibat bahas. Tapi kini sudah boleh menerima dengan hati yang terbuka keputusan sebenar. Mungkin setiap apa yang berlaku ada hikmah tersendiri.

Untuk lagi empat bulan,

Boleh jadi masa sekarang perlu dihabiskan di meja study. Menelaah buku secara konsisten. Tapi paling malang bila ada saja dugaan dan godaan dari pelbagai aspek. Contoh paling dekat, game. Entah sejak bila mula berminat dengan perkara-perkara yang tak perlu. 

Untuk lagi empat bulan,

Masa ini memang sesuai untuk buat mak baba gembira. Tapi susah. Susah sebab apa? Sebab diri sendiri degil dan sibuk dengan urusan dunia yang tak tentu bila sudahnya. Teringin nak bagi yang terbaik, insyaAllah tunggu keputusan tahun depan. Semoga A lurus semuanya. Amin. 

Untuk hari seterusnya,

Sedar tak sedar, kini sudah tujuhbelastahun semenjak dua minggu yang lepas. Sudah dewasa diri sendiri ini.  Hahahaha. Terima kasih untuk kawan-kawan yang mengingati diri ini. Terima kasih untuk semua ucapan, doa, gold dust, suprise dan hadiah. Anda memang awesome. Semoga diri ini menjadi makin solehah dan cerdik. Amin. Semoga A lurus dalam SPM. Amin.

Untuk tahun ini,

Terima kasih kepada mereka yang mula hadir dalam hidup aku untuk tahun duaributigabelas ini. Pada aku korang memang dah calitkan kenangan berharga untuk aku. Terima kasih sebab bagi aku peluang merasa perkara yang aku dah tinggalkan dulu. Terima kasih dengan kenangan ini. Terima kasih atas segala-galanya. Cc : Ainul Afiqah. Aishah Hassan. Nawwarah Amran. Eileena Syahirah. Farahana Lajim. Kama Afiqah.

Untuk awak,

Jaga hati. Jaga iman. Jaga diri. Jaga mata. Semoga sentiasa jadi yang terbaik. Amin. Terima kasih untuk segala-galanya.

P/S : Fuhhh, maaf terlalu panjang. 

Santapan mata untuk kalian :


 D'village, Ayer Keroh

Sumber gambar : Ainul Afiqah.


Bahas Ala Parlimen, Johan.

Sumber gambar : Faiz.


Bahas Ala Parlimen, Johan.

Sumber gambar : Faiz.


D'village, Ayer Keroh.

Sumber gambar : Aishah Hassain.

Tuesday, April 2, 2013

Sepi

Assalamualaikum.

Tidak untuk kali ini. Aku rebah walaupun tidak ada manusia lain yang tahu. Pedih. Luka. Berdarah. Kronik.

Risau dari semalam. Tapi pertanyaan tadi tidak dijawab, dibiar sepi. Boleh dikatakan sedih untuk hari ini. Dan saat ini, masih menanti jawapan yang dibiarkan sepi walaupun tidak ada siapa yang peduli. Moga hati makin cekal, tabah dan tidak tergoda dengan hasutan syaitan durjana! 

Rindu.

P/S : Jaga hati. Jaga iman. Jaga diri. Jaga mata. "Last words"


Wednesday, March 27, 2013

Terkenang


Assalamualaikum.

THISSSSSSSSSS!




Monday, March 25, 2013

Kebiasaan


Assalamualaikum.

Sedih apabila kebiasaan itu terpaksa ditinggalkan untuk seketika. Bukan mudah. Boleh jadi kalau tak tabah, memang boleh rebah. Ini namanya pengorbanan. Pengorbanan yang terpaksa dilakukan untuk sesuatu hasil pada masa akan datang. 

Dan kini . . . . .

Sunyi. Tapi rindu. Indah perasaan ni. 

Dan yang pasti segala janji-janji dan pesanan "itu" tak akan ditinggalkan. Sebab apa? Sebab dengan tunaikan kata-kata itu, rindu dapat dikurangkan walaupun makin sukar.

Mohon tabah. "Last word"


Saturday, March 16, 2013

Noktah

Assalamualaikum

Rindu, noktah



Friday, March 15, 2013

Parut

Assalamualaikum.

Boleh jadi waktu ini adalah waktu untuk menangis sepuas hati. Maaf. Maaf. Maaf. Kadangkala kemanjaan itu membuatkan manusia lain menaruh kebencian. Maaf. Maaf. Maaf.

#Pesalah

Friday, March 1, 2013

Tabah

Assalamualaikum.

Boleh jadi kesedihan itu penambah segala luka dan parut yang sedia ada. Tabah. 

Maaf. Maaf. Maaf.






Tuesday, February 26, 2013

Maaf

Assalamualaikum.

Tak semua perkara kita perlu persoalkan. Malah apa guna nak perbesarkan hal yang remeh? Maaf aku mungkin kolot. Ya, pelajar belasan tahun yang mungkin kau anggap macam tak perlu nak sibuk urusan dunia.

Maaf. Maaf. Maaf.

#TeamSpm2013

Tuesday, February 12, 2013

Soal hati. Eh.


Assalamualaikum.

It's already one month I didn't post anything in my social networks. Sadis.


I MISS #UKKYKB *kesat air mata* 





Sunday, January 13, 2013

Terakhir

Assalamualaikum.

Untuk kali terakhir.

Facebook : Deactived. Twitter : Ditinggalkan. Blog : Bakal diabaikan.

Untuk pengorbanan itu. 

Maaf atas segala kesilapan.

Ya Allah, bantulah aku dalam apa jua perkara.

Assalamualaikum.